Pages

Wednesday, March 2, 2011

Home » , , , » Lawak Pak Aji Lepas Saman...

Lawak Pak Aji Lepas Saman...

Assalamualaikum..

Tadi baca Berita Harian jumpa plak satu article tentang dialek bahasa ni atau yang korang selalu cakap loghat...kekeliruan antara polis dengan seorang pak aji ni...sape orang Perak tahu la kot...sebab article ni tentang dialek orang Perak...kisahnya macam ni...

SUATU petang seorang lelaki berkopiah putih yang menunggang motosikal ditahan polis ….

Polis: Assalamualaikum Encik!
Pak Aji: Waalaikummussalam ….
Polis: Encik tau tak? .... Encik dah buat salah ni.

Pak Aji: Buat salah? Isy .... Salah apa pulak ni?! Pak cik baru balik masjid ni.

Polis: Encik … eh! Pak cik …. Ni ha … pak cik naik motor tak pakai helmet, salah ni.

Pak Aji: Eh ... bukan pergi mana pun, pergi masjid tu aje …. Asar! Takkan ke masjid pun kena pakai helmet gak?!
Polis: Tak kiralah nak ke mana, asal naik motor atas jalan raya aje ... kenalah pakai helmet. Undang-undang dah kata macam tu, lagipun helmet tu untuk keselamatan diri sendiri juga. Boleh saya tengok lesen dan kad pengenalan?

Pak Aji: Kad pengenalan?!

Polis: Ha’a ... mykad, ... lesen sekali, yea.

Pak Aji: Isy! Isy! .... daba tinggai ….

Polis: Tinggal?

Pak Aji: Ha … tinggai, daba.

Polis: Memang double le ni ... tidak pakai helmet satu kesalahan dan tidak bawa lesen memandu pun satu kesalahan. Betullah … double salah ni pak cik! Ni tak pakai helmet ni … tak boleh bawak motor ni!

Pak Aji: Eh! Cik, saya bukan tak ada lesen ....Cuma tak bawak aje, tinggal kat rumah dalam daba. Nak ke masjid tadi tergesa-gesa, sampai tertinggai daba. Lesen motor saya ada, B full lagi ... tapi dah kelam-kabut tadi, azan dah bunyi … tu yang daba tertinggai tu!

Polis: Ooo ... tu yang double benda yang tertinggal yek?! Helmet ngan lesen?

Pak Aji: Lesen aje ….

Polis: Kata double? Lesen dengan helmet la kan?

Pak Aji: Tak lah … lesen aje tinggai, bukan sengaja cik … yang tak pakai helmet tu bukan tertinggai, tapi tak jumpa.

Polis: Kan ke pak cik yang cakap double benda yang tinggal?!

Pak Aji: Double? Eh! Bila pulak pak cik kata double?

Polis: Jangan nak loyar buruk pulak pak cik, pak cik yang cakap tadi!

Pak Aji: Pak cik bukan kata double … pak cik kata daba! Daba … Daba, tau tak?!

Polis: Daba?? Daba tu apa?

Pak Aji: Isy! Daba pun tak tau?! Tu tempat simpan duit, simpan lesen, simpan mykad, … orang putih kata wallet!!

Polis: Ooo … dompet duit ke?

Pak Aji: Ha’ah ... dompet! Maaflah, pak cik dah terbiasa guna daba, orang kampung pak cik panggil daba. Sejak pencen ni pak cik dah duduk kampung, tu yang terikut cara orang kampung cakap.

Polis: Ooo … pak cik tak bawa lesen ni sebab tertinggal dompet le yek? Tak pelah, yang itu saya maafkan, tapi tak pakai helmet ni tak boleh. Walaupun pergi masjid dan pakai kopiah, helmet kena pakai sebab itu untuk keselamatan. Kalau apa-apa hal, terjatuh ke … ada helmet boleh juga lindungi kepala ….

Pak Aji: Ya, ya …. pakc ik sedo tu …. Tapi tadi cari helmet biasa tak jumpa pulak. Sebenarnya pak cik datang ke rumah anak ni, baru sampai pagi tadi dari Perak. Rumah anak pak cik tu dekat aje dari sini … nun ha rumahnya, tak nampak dari sini haa ... Asar tadi gi masjid kat kona tu. Bukannya jauh pun.

Polis: Lain kali, kalau tak ada helmet, naik kereta ajelah atau jalan kaki aje … bukannya jauh pun.

Pak Aji: Tu la pasa ... keretapun tak ada. Pak cik laki bini datang dari Perak pagi tadi naik moto je ….

Polis: Naik motor? Motor ni? Betul ke ni?! .... Helmetnya??

Pak Aji: Isy!! Idak le moto ni ... yang ni pak cik pinjam moto buruk anak pak cik, dia pakai masa belajo dulu. Pak cik pakai naked seribu empat ratus!

Polis: Seribu empat ratus?? GTR ke?

Pak Aji: Ha, le … Naked … .Ate dah pakai moto macam tu, helmetnya fullface le … takkan pakai fullface naik kapcai buruk ni. Jenuh cari helmet biasa, tak jumpa pulak kat rumah tu … anak pak cik gi keje laki bini. Tu le ceritanya yang tak pakai helmet ni ....

Polis: Betul ke pak cik pakai motor besar naked seribu empat ratus tu? Isy!! Susah saya nak percaya ni ….

Pak Aji: Eh! Betoi le ... tak kan bebohong pulak. Pak cik dah pencen, anak-anak semua dah berkeluarga dan duduk jauh. Naik moto senang nak gi jeru anak cucu, ada di Kelantan, Pulau Pinang … yang bongsu di Shah Alam ni. Kalau naik kereta mau tiga jam lebih dekat empat jam baru sampai dari kampung ke sini, tapi naik moto tu dua jam je ... Kekadang tak sampai dua jam pun!! Hehehhe ….

Polis: Isy! Saya macam tak percaya pulak pak cik bawa motor besar! Tapi … tak apalah pak cik …. Kali ni saya maafkan, tapi lain kalau saya jumpa lagi, saya saman. Pak cik pergilah balik tapi jangan ikut jalan besar ni … ikut jalan dalam perumahan tu.

Pak Aji: Eh, betul ke tak kena saman ni?! Isy!! terima kasih bebanyak le yek, lain kali pak cik pakai helmet le.

Polis: Eh! Pak cik, saja nak bertanya ni … pak cik pencen kerja apa?

Pak Aji: Askar … pencen kolonel!! Assalamualaikum … pak cik balik dulu yek!!

Polis: Haaaa ….

Glossary: Dialek Perak
Daba - dompet
Jeru - jenguk, menziarahi
Tinggai - tinggal
Naked - sejenis motor berkuasa tinggi
Fullface - jenis helmet yang tutup seluruh kepala hingga ke leher

sumber:Berita Harian

Lawak Pak Aji Lepas Saman...
besar betul motor Pak Aji ni....GTR 1400

p/s-siapa tak sempat bayar saman lagi tu bayar la sekarang...bayaran saman ditangguh 10 hari lagi...

14 comments:

Miecyber said... [Reply to comment]

Cepat bayo saman weh....

Tatu

zmah said... [Reply to comment]

Payah juga nak faham bahasa pelbagai ni...

nelly said... [Reply to comment]

haha ..
kelakar !!!

Pemerhati Dunia said... [Reply to comment]

Belum lagi pergi Sarawak ini, 1 kampung, 1 bahasa tau.

Eh yeke bayar saman tangguh lagi 10hari?

faiz said... [Reply to comment]

@Pemerhati Dunia
iye..byrla saman copek..

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

dah dilanjut tu baguslah kan

Cik Sue said... [Reply to comment]

keh3..pakcik yang lawok.... =D
nasib baik cik sue takde saman..bersih wooo...ahakS

chii said... [Reply to comment]

bayar..jgn x bayar saman ye :D

Suhami Ahmad said... [Reply to comment]

huhu...atok dah cek, takde saman.. =)

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

itu kira ok lagi...yg lagi expert org kedah...biskut dipanggil roti dan roti dipanggil biskut...

Nur Liyana said... [Reply to comment]

eh2....nie komen untuk sahromnasrudin nie..oit...yana org kedah jugak..tapi memang betul la..hahahaa
lagi satu kami panggil coklat=gula2..hahahahha

amry said... [Reply to comment]

tak tahu kat mana lawaknyer. hehe...tapi saya orang perak gak, tapi belah utara, jadi loghat dah dikedahkan. huhu...

hamik kauu...sekali pencen askar....kolonel lagi..hahahahaha.....macam murid nak menghukum guru la jadi nya erk.

saman dilanjutkan erK???

P/S : rasanya first time datang sini kot. rasanya la. kalau salah maaflah erk. hehe... salam kenal :)

bojie_boboy86 said... [Reply to comment]

hahaha...mmg lawak...org perak gak...

Mr. K said... [Reply to comment]

pak cik tu pnjam moto aku tu.. xmalu ngaku moto dy.. hehe