Semalam keluar kat berita tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni baru dilancarkan...Skim Rumah Pertamaku ni khas utk orang mude je...sape yang agak-agak umur lebih 36 tahun tak payah mengada-ngada plak nak beli rumah guna skim ni...harga rumah yg boleh dibeli guna Skim Rumah Pertamaku ni antara RM 100 000-RM 220 000...Tak silap skim ni utk orang berkerja sektor swasta je...sape yg dah comfirm tu dan berkerja selama 6bln boleh la mohon utk skim ni...Malangnye sape yang berkerja sendiri tak boleh mohon SRP ni...
hehehe...rasenye memang tak boleh beli rumah ni guna skim ni
SRP ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi institusi kewangan...byk jugakla bank2 yang terlibat...ade 26 bank..Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan....Cagamas just beri jaminann kpd bank je...kite tetap kena bayar 100% pembayaran rumah tu kat bank...
Syarat korang nak beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku ni hendaklah jumlah pembayaran melebihi 1/3 dari jumlah pendapatan...Gabungan pendapatan kasar suami isteri boleh gak dilakukan kalau nak beli rumah mahal sikit...macam contoh yang aku tengok kan laman web SRP ni..
Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?
Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan. Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.
Contoh kiraan :
* Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000
*
1/3 daripada RM3,000 = RM1,000
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300
So,aku rase memang patut kerajaan buat Skim Rumah Pertamaku ni sebab bukan semua orang muda mampu bayar 10% pendahuluan nak beli rumah ni...tapi paham2 la kan...kalau harga rumah RM 220 000 tu kat kawasan Lembah Kelang ke...Shah Alam ke...dapat rumah flat je la kan...rumah teres pon aku rase nak dekat 300k sekarang...yela org mude sekarang ni kebanyakan kerja kat bandar2..Kalau beli rumah area Melaka tu aku rase bolehla beli rumah teres 2 tingkat...
Kalau cakap pasal hartanah ni..memang untung btol sape dulu beli rumah kat kawasan2 KL ni...Nenek sedare aku kat Cheras dulu beli rumah die lebih kurang RM50k je...sekarang ni nilai die sekarang dah RM400k...tak tahula mcm mane harga rumah dalam 5-10 tahun akan datang...silap2 kat Bahau ni pon harga rumah berjuta kot..
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah kat www.srp.com.my
sumber lain kalo nak tengok: Skim Rumah Pertamaku (SRP)
p/s-sape dah kerja tu bolehla berkira-kira nak beli rumah sendiri...takut akan datang lagi tak mampu..
20 comments:
oh menarik nie...patut la kakak yana sibuk gtaw ayaha pasal nie..
huhuhu
faiz yana ada entry baru...tapi yana tak reti arr nk ikut yg faiz suruh tue..yg plugin colt tue,....
dtg ke blog yana!!!!
Skim ni menarik. Sbb boleh tolong golongan berpendapatan rendah untuk beli rumah. Cuma, kalau diperhatikan jugak, kawasan yg rumahnya memang mahal, besar mana ajelah rumah yg mampu dibeli sekitar 100-220k tu. Tapi bolehlah dari buat rumah setinggan kan..;p
@The Bee And The White Roses
btol tu...terseksa dok umah setinggan
huish menarik.. tpi syg aku xkeje lagi, kan bagus kalau ade skim utk pelajar pulak, boleh kte start menabung dari awal
@Mr. K
btol gak idea ko tu...tapi takut comitment byr bulanan nanti xdpt...
bagus skim ini
Ada kebaikan dan ada keburukannya...
Gajah liar
jgn tunggu lama2. nanti makin mahal dan mahal.hehe
Bagus entri nie thanks for the info ye..skrg juga nak pergi skodeng hehe..
Itula, rumah sekarang makin lama makin mahal....baik melabur sekarang
Pergh! gilak babeng punya mahal rumah kat kl ek..
sib baik aku tak duduk kat kl..lau tak makan simen jer lar aku..
ix duk umah kg jer...ok ler ...hehe..
tunggu 5 thn lbh lagi kot...
dah kalo org gaji lebih 3000 tak layak lar erk.. aper dier ingat org gaji 3500 tu leh ker simpan 22000 nak bayar 10% down payment. maner nak bayar duit keter nyer, nak simpan duit kawin nyer, nak bayar duit sekolah nyer maner2 yg still belajar part time.. cuber kasi tau skit..
mcm mnarik jer...tp x keje g...so,x bleh ar nk bli umah...hehehe
tp byar bulan mahal la...
better kumpul duit dulu utk bayar 10 persen tu...huhuhu....siyess...
sbb mina ada pengalaman beli rumah...
bahau?waaaa....rindunya nak balik kg.....dh lama tak lepak bahau...
@KUREKURE COMEL
kg kat bahau ke??tggu nk kumpul 10% tu takut dh xmampu beli rumah nanti..
inisiatif yg bagus, harap tak beli something yang 'overprice' sudah la
hehehe....rumah atok kat kuala jempol...dulu sek kat jambu lapan...
kihkihkih....
@KUREKURE COMEL
dah dekat sgtla tu...umah den kat tmn tunku puan chik..
Best owh..
Huhuhu..
Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan
Post a Comment