Pages

Friday, March 25, 2011

Home » , , , » Tak Ikhlas Betul Orang tu...

Tak Ikhlas Betul Orang tu...

Assalamualaikum..

Ok...macam biasa hari Jumaat kita bincang pasal agama sikit..hari ni kita bincang pasal ikhlas plak..Kalau kita perhatikan ada segelintir orang tu selalu mempertikaikan keikhlasan seseorang...termasukla diri aku ni..

Selalunya kes-kes mempertikai ni berlaku bila orang nak menderma,menolong,bekerja,memberi dan buat sesuatu perubahan...sebagai contohla..

1)Kadang-kadang ada segelintir orang yang banyak menderma atau bersedekah tapi amalan dia yang lain begitu lalai...nak pulak time menderma nak plak tunjuk cek-cek yang gedabak tu kan..mesti terlintas dalm hati kita,"tak ikhlas betul orang tu"

2)Ada orang tu jarang kerja kuat dan tiba-tiba orang tu ingin buat perubahan dalam hidup dia...so,mulala orang tu kerja tak ingat dunia...mesti ada orang fikir,"ikhlas ke mamat ni buat kerja,ntah-ntah nak kipas bos"

3)Seorang jiran tu tak pernah pon bagi makanan kat korang...tapi tiba-tiba satu hari tu tiba jiran korang datang rumah beri satu bucket besar KFC...mesti korang terfikir,"biar btol die ni,ikhlas ke die ni..ntah-ntah ada udang sebalik batu"

Sebenarnya ikhlas ni suatu rahsia Allah kepada hambanNya...malah para malikat yang hampir dengan Allah pon tak tahu rahsia ikhlas manusia..begitu gak syaitan...syaitan pon tak tahu rahsia keihlasan seseorang..

Kadang tu kita sendiri tak tahu yang kita ni ikhlas ke tak...cukupla kita tengok pada ibadah,mencari ilmu dan kerja kita...kita berkerja atau belajar bersungguh-sungguh tapi yang berjaya orang lain..mesti terdetik dalam hati satu sifat tidak puas hati kat diri sendiri atau orang yang berjaya tu...seperti aku tulis mudah ke nak jadi orang sabar..sama gakla dengan keikhlasan ni..memang tak mudah yang disangka...

Habis tu macammaner kita nak jadi orang ikhlas ni..sebab segala amalan kebaikan yang dilakukan tanpa ikhlas takkan dibalas apa-apa kepada kita...malah azab saje yang kita akan dapat..takut bila kita dengarkan..bagi aku hati kita ni kena jaga dari sifat-sifat yang mazmumah. dan sentiasa bersangka baik....kalau bab berkerja tu kalau dah bersungguh-sungguh berkerja tapi pangkat tak naik contohnya...anggapala ianya takde rezeki...dan ingatla Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Adil...kebaikan pasti akan datang..salah satu kelebihan orang yang ikhlas ni syaitan susah nak menghasut diri kita..

p/s-sama-sama la kita memperbanyakkan doa supaya segala benda kita buat tu ikhlas

17 comments:

nurmisnan said... [Reply to comment]

hai Jumaat...
cakap pasal ikhlas nih
teringat satu kawan lama..
setiap kali dia derma
dia simpan semua reset...

tapi yg bagus dia tak ceta kat org..
yg bercerita adalah mak dia
sebab mak dia yg kemas bilik
dan terjumpa sekotak besar tv
saiz 14 inch..

p.s toching sbb hobi dia suka
simpan kertas derma... pelik sikit bukan

faiz said... [Reply to comment]

@Nur Misnan
mmg pelik...tp bgusla die tak bagitau org lain..

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

semoga kita dikategorikan org2 yang ikhlas

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam Jumaat Faiz..

pepatah dari SB: "Bila tangan kanan berbuat baik, tangan kiri tak perlu tahu." heheh.. ok ker?

amry said... [Reply to comment]

memang susah bro untuk menjadi orang ikhlas ni...setuiju sangat.ramai yang hanya nak menunjuk2.contoh macam cek tu...

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

assalamualaikum..

apabila kita cakap " saya buat dengan ikhlas" dengan sendirinya kita telah tidak ikhlas sebenarnya...ikhlas adalah kita tidak berniat pun melakukannya dengan ikhlas

Unknown said... [Reply to comment]

ikhlas atau idak..bukan kita yg tentukan..hanya DIA yang mengetahui...

satu lgik bila nk pilihn raya..wakil rakyt dok berbuat baikk semua..sampai masuk tv..persoalannya.ikhlas kah? :p

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

ikhlas....nak menderma tu..baik syp2 sudah...kalau smpai nk umum satu dunia....


kat dunia ni je lah org pndng tinggi..

kat akhirat...adalah seburuk buruk pengelap kaki...


begitulah perumpamaannya...huhuhu..

Meis Izz said... [Reply to comment]

Salam Jumaat...
singgah baca entry encik faiz...

~Nabilah~ said... [Reply to comment]

org kta keikhlasn 2 ibrt seekor smut htam di ats btu yg hitam di mlm yg gelap....so,ikhlas 2 kte x nmpk tp ade...hehehe:D

lalink7 said... [Reply to comment]

iklas itu besar pahalanyaa..semoga kite same2 jadi iklas dlm setiap ape yg kite lakukakn..

walaupun skadar snyuman...

Raji and Yeen said... [Reply to comment]

betul tu kdg2 bila wat kerja takut juga org ckp mcm tuh
tapi bila pk blek biarlah dia nk ckp apa2 kan yg pnting niat kita dia bukannya taw biarlah sekadar Allah je yg memahami ^^

Sham said... [Reply to comment]

bukan senang nak jadi ikhlas ni wooo...tapi eden torai jugak...

Sue Saari said... [Reply to comment]

pokok ppangkalnya hati kita nih...klu dlm hati tu dah mmg niat tak ikhlas maka tak ikhlas jugalah tanggapan org lain...

Unknown said... [Reply to comment]

Derma seringgit dengan ikhlas lobih bermakno dari derma sejuta ringgit tapi diheboh 1dunio

Nur Liyana said... [Reply to comment]

betul tue....ikhlas tue penting....tak semestinya kita tau apakah org itu ikhlas atau tak ..hanya Allah yg lebih mengetahui..

Wafiy Suzly said... [Reply to comment]

harus ikhlas dalam setiap perbuatan