Pages

Tuesday, April 5, 2011

Home » , , » Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Dalam Islam

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Dalam Islam

Assalamualaikum..

Setiap kali aku buka ymail mesti aku ternampak satu bahagaian iaitu popular search.Salah satunya yang aku nampak ialah Rahsia Tarikh Lahir.Aku tak faham ada ke rahsia tarikh lahir ni.

Aku ingat lagi ada sorang pakar motivasi famous ni yang aku taknak sebut nama dia yang tak silap aku begitu ramai datang.tak silap aku dia punya tajuk motivasi dia kenali potensi diri melalui tarikh lahir.Adoyaii...tolongla jangan guna ayat pancing untuk tarik orang.Sebab selalunya pakar motivasi ni dihormati orang lain.Aku tahu memang dia bagus.Kalau dia bagi tajuk Mari Kita Korek Potensi Diri Dalam Diri,tu aku setujula..takde ayat pancing-pancing guna tarikh lahir ni.

Mungkin pakar motivasi ni buat macam ni berdasarkan kajian mereka tersendiri atau melalui survey atau questionnaire mereka.Tapi bagi aku potensi diri ni semuanya bergantung kepada diri sendiri.Bak kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

So,aku pon menggunakan bro Google tentang Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Islam..sebabnya untuk mengelakkan akidah kita ni boleh terpesong seeloknya kalau ada rahsia-rahsia macam ni elok kita rujuk dalam perspektif Islam sendiri..Jangan jadi seperti orang Cina yang terlalu taksub dengan nombor ni...tu pon ada yang terikut-ikut..

Yang aku jumpa hanya perilaku atau personaliti anda mengikut tarikh lahir bulan Islam...tu pon aku tak tahu sumber mana dieorg ni ambil..tapi takpela kalau korang nak tengok sama ade personaliti korang sama tak mengikut bulan Islam ni...korang boleh rujuk di bawah..Sekurang-kurangnya kita dapat hafal bulan-bulan Islam ni kan(aku xhafal sebenarnye)..

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.


Nak tahu macam nak tukar masihi ke hijrah sila ke religious-affairs

p/s-aku periksa aku punya tarikh lahir agak sama tapi ada dua part berbeza..




20 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

nape bulan kelahiran chii tade pun
bulan ramadhan..grrr

Nur Liyana said... [Reply to comment]

yana ada yg sama jugak..2 je kot....hahahah.....

Ayie said... [Reply to comment]

erk.. nak komen gapo dio yep.. hahaha

hana said... [Reply to comment]

nak komen pe nh??
hana x ingat plak tarikh lahir dalam bulan islam..
hehe

fizalinolie said... [Reply to comment]

Rasanya Akak tahu siapa Pakar Motivasi tu. Ahakkkks. Bulan kelahiran akak pulak Jamadil Akhir... Benar atau tidak? Wallahualam.. hehehe, but nice info to sharing.

faiz said... [Reply to comment]

@chii
lahir di bulan keberkatan tu...baru perasan Ramdadhan takde kat sini...

faiz said... [Reply to comment]

@hana
boleh convert gune link yg saye letak kat atas tu..

faiz said... [Reply to comment]

@Fizalinolie
samela kite jamdilakhir..

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Cantik info ini. Kakak akan cuba untuk melihat anak-anak kakak juga. TQ.

Unknown said... [Reply to comment]

alhamdulillah..tu yg chii pelik..np ada 11 je..rupa2nya..bulan utk kelahiran chii yg tade...

lalink7 said... [Reply to comment]

husznyee bulan ape ek? adehh..kena cekidautt skrang nie..

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

yo la..bulan ramadhan takdo..camno den nak tgk huhuhuhuhhh

AYuNG said... [Reply to comment]

hehe..nice sharing benda nih, klu x, ayung pun xtahu lahir tahun apa dalam kalendar islam..:D

Anonymous said... [Reply to comment]

adoi.. nasib baik tak lahir bulan safar.. hehe..
apapun, tabiat dan perangai bila besar panjang tu yg lebih penting.. :D

Raji and Yeen said... [Reply to comment]

tpi bnder ni mcm horoscope jgak kan? o.O even der tukar nama bulan Islam ;P tpi mmg ad gak lah masuk dgn sifat ak =.=

KUREKURE COMEL said... [Reply to comment]

alamak...nak kena check kat surat branak..tak ingat la...


perangai org lain2..tak sama kot...

Unknown said... [Reply to comment]

atok zulhijjah...aiyooo bahayanye...

Nini Hartini said... [Reply to comment]

Saya yang ini..hihihi

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.

Meis Izz said... [Reply to comment]

Berkobar-kobar baca dari atas sampai bawah...
Tiba-tiba kecewa sebab bulan Ramadhan xde dalam list.... Uhuk2 (Y_Y)

Anonymous said... [Reply to comment]

yang aku punyer 100% betul...hahhah!! tahx for sharing


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.