Assalamualaikum...
Hari tu aku kongsi pasal income pengemis kat area Bangsar sekarang kes pengemis paling tak guna aku rasa...sebab apa pengemis ni paling tak guna sebab pengemis ni guna nama masjid untuk dapat derma...kan memalukan umat Islam..adakah Islam ni teruk sangat hingga hanya tahu meminta derma...macam manela org kafir nak hormat umat Islam kalau umat Islam buat hal camni...
Tadi aku tengok dekat Buletin Utama ada yang sanggup gadai nyawa melintas jalan nak lari dari kena cekup...jalan dahla sibuk...kan ke mati katak kalau kena langgar tu..ada tu guna budak-budak untuk raih simpati...
Kalau guna budak-budak ni memang aku tak suka sebenarnya even bukan penipuan...banyak sangat aku tengok rumah anak-anak yatim ngan pusat-pusat tahfiz ni guna budak-budak...tolongla...budak-budak tu kecik lagi...kena belajar bukan nak buat kerja-kerja macam tu...tak payah nak guna kuasa simpati budak-budak tu nak dapat duit derma...kalau ikhlas nak bantu anak-anak yatim ngan pelajar-pelajar tahfiz ni orang-orang atasan tu sendiri turun padang kutip derma..
Aku cuma nak nasihat kita semua termasuk diri aku janganla terlalu meminta-minta supaya umat Islam ni tak dipandang hina...Perangai meminta-minta ni termasukla orang yang suka hutang ni...Islam pon tak menggalakkan kita meminta-minta ni..
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
sumber:pmr.penerangan.gov.my
p/s-sama-samala kita renung-renungkannya
9 comments:
org malaysia sgt bermurah hati..sebab tu ramai yg cuba ambil kesempatan ngan minta derma :)
tp mcm dlm berita td..pelik kan..sorang laki yg jln tempang..tetiba leh lari mcm lipas kudung..eheh
aku pun ada kes gak.. baca kat blog aku pasal pengemis nih.. serius menyampahkan jiwa.. haha
http://keluhkesahkudin.blogspot.com/2011/03/tengah-melayan-blogwalking-sambil.html
aku pun tak brapa suka ngn pengemis ni...ada tu tunggu org tgh mkn sampai bg duit baru blah...
Tulah penyakit dalam masyarakat kita. Ada yang sanggup mengambil kesempatan mengemis dgn menggunakan nama masjidlah, rumah anak2 yatimlah. Macam2. Sakit hati dibuatnya. Yang paling menedihkan, rata2 org Melayu pulak tu. Memalukan betul...
kasihan kat budak2 dipergunakan..bila betul2 ada anak yatim mintak derma, kita jadi kurang percaya sbb ada golongan mcm ni..geram.
kadang2 tu ado budak dtg kt atok, nak mintak sedokah...dio koba mak dia sakit...sayu ati atok even atok tahu itu hanyalah propa
dekat pasaraya pun byk....kdg2 mcm kesian...tp tulah..ada pihak lain yg kaut kaw2...
kesian budak2kan...dari pg smpai malam duk mintak je...haisihh..
jadi pengemis pun boleh kaya wooo... takyah susah2 nak masuk opis pening2 pikir pasal keje tak siap..
Post a Comment